Refleksi Islam dalam pakaian tradisional Melayu: baju kurung

Refleksi Islam dalam pakaian tradisional Melayu: baju kurung. In: ICOMHAC2015 eproceedings, 16-17 Disember 2015, Century Helang Hotel, Pulau Langkawi. (Submitted) (2015)



Abstract

Pemakaian pakaian tradisional Melayu merangkumi beberapa jenis pakaian lelaki dan perempuan. Kajian ini mengkhususkan kepada pemakaian Baju Kurung dalam masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia. Secara umum pemakaian Baju Kurung kerapkali dikaitkan dengan kesopanan adat resam budaya Melayu. Hal ini berkait rapat dengan ajaran Islam yang telah lama bertapak dalam masyarakat Melayu iaitu dipercayai sejak abad ke12 melalui penemuan batu nisan bertulisan jawi di Pekan, Pahang (Mohd. Mokhtar Shafii, 1980). Baju Kurung lahir melalui asimilasi budaya yang masuk ke Tanah Melayu (nama Semenanjung Malaysia pada masa itu) oleh pedagang-pedagang asing (Siti Zainon Ismail, 2006). Baju Kurung sangat terkenal dengan rupabentuknya yang longgar dan labuh untuk kedua-dua lelaki dan perempuan, sesuai dengan kehendak pakaian Islam yang menuntut umatnya menutup aurat. Pemakaian Baju Kurung yang asal, bagi kaum perempuan juga mengambil kira gaya pakaian Islam dengan mengenakan penutup kepala yang dipanggil kelubung. Walhal, penutup kepala bukan merupakan satu budaya perempuan Melayu sebelum kedatangan Islam. Begitu juga dengan Baju Kurung yang dipakai oleh kaum lelaki. Dalam tulisan Sejarah Melayu disebut, baju yang sempit dan pendek telah dilonggarkan dan dilabuhkan oleh Temenggung Tun Hassan (Siti Zainon Ismail, 2006). Seterusnya, melalui kajian kontekstual dapat dibuktikan bahawa penggayaan Baju Kurung bukan satu kebetulan tetapi mempunyai falsafah Islam yang didukung oleh masyarakat Melayu sejak dahulu lagi

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Islam, Melayu, Baju Kurung, Tradisional, Heritage, Malay heritage
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Textile Designs
By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Munirah Mohd Izzan (KABS, Puncak Alam)
Date Deposited: 22 Mar 2022 23:48
Last Modified: 23 Mar 2022 02:26
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item