Sahutan regionalisme dalam identiti senibina di Malaysia: adaptasi awal tradisi modenisme 1950-1980

Sahutan regionalisme dalam identiti senibina di Malaysia: adaptasi awal tradisi modenisme 1950-1980. Jurnal Alam Bina, 6 (2). pp. 29-49. ISSN 1551-1369 (2004)



Abstract

Regionalisme merupakan pendekatan yang mempunyai potensi besar dalam menangani kemelut wacana identiti yang sering terperangkap dalampendekatan etno-centric. Sebagai negara berbilang kaum, tradisi regionalisme memberi laluan khusus bagi suatu arah yang menjanjikan seni bina berasaskan iklim
setempat, universal, dinamik dan mempunyai imej serumpun kedaerahan. Apa yang menyedihkan masa kini adalah persepsi bahawa modenisme dalam seni bina sebagai 'terkubur' dan pendekatan 'state-of-the-art' adalah strukturalisme mesin atau revivalisme eksotik. Sebagai wacana permulaan untuk mendekatkan diri kepada penyelesaian isu identiti
seni bina nasional yang lebih bersifat liberal, progresif dan non-etnik, rencana ini mengenengahkan beberapa adaptasi awal tradisi modemisme di Malaysia dengan mengfokus pendekatan regionalisma yang berakar umbi dari pendekatan seni bina Organik Frank Lloyd Wright. Usaha ini merupakan dokumentasi dan deskripsi ringkas secara tinjauan me/uas wacana regionalisme asa/ dan eksperimentasi arkitek pada tiga dekad antara 1950-1980.

Item Type: Article
Keywords: Seni bina nasional, Seni bina serumpun, Regionalisme
Taxonomy: By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Town Planning
By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Architecture
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 20 Mar 2022 23:34
Last Modified: 21 Mar 2022 09:20
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item