Seniman visual Malaysia: kepuasan kerja, komitmen dan produktiviti dalam proses penghasilan karya

Seniman visual Malaysia: kepuasan kerja, komitmen dan produktiviti dalam proses penghasilan karya. Gendang Alam, 11 (2): 3. pp. 33-48. ISSN 2600-8661 (2021)



Abstract

Menghasilkan karya seni adalah aktiviti utama seniman visual yang melibatkan budaya kerja seniman visual. Komitmen dan kepuasan kerja merupakan dua perkara yang mempengaruhi produktiviti seniman visual.Untuk meningkatkan produktiviti, seniman visual harus mempunyai perancangan yang baik dalam pengurusan sumber dan manusia. Walau bagaimanapun, adalah rumit bagi seniman visual kerana mereka tidak mengeluarkan hasil secara pukal, sebaliknya menghasilkan karya mengikut keperluan. Permasalahan utama kepada seniman visual adalah dari aspek pengurusan kerana mempengaruhi komitmen, kepuasan kerja dan produktiviti seniman visual. Oleh hal yang demikian, penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti komitmen dan kepuasan kerja seniman visual serta melihat hubungannya dengan produktiviti. Penyelidikan ini menggunakan kaedah penyelidikan temubual, pemerhatian dan mengkaji dokuman-dokumen sedia ada. Dapatan menunjukkan seniman visual mempunyai komitmen dan kepuasan kerja yang tinggi namun kurang dari segi pengurusan yang mengakibatkan
tahap produktiviti mereka manjadi kurang memuaskan. Justeru, seniman visual harus berani untuk berubah dan mengharungi cabaran yang lebih besar dengan menjadikan bidang seni visual ini sebagai satu industri yang mempunyai sistem pengurusan yang lebih efektif.

Item Type: Article
Keywords: Job satisfaction, Commitment, Visual arts, Productivity
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Fundamental Art
By Subject > Art & Design > Photographic
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Fauzi Badiran (KABS, Puncak Alam)
Date Deposited: 21 Mar 2022 23:47
Last Modified: 22 Mar 2022 08:35
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item