Dimensi ilustrasi visual dalam manuskrip pelaga lembu alam Melayu

Dimensi ilustrasi visual dalam manuskrip pelaga lembu alam Melayu. International Journal of the Malay World and Civilisation, 7 (2). pp. 81-95. ISSN 2289-1706 (2019)



Abstract

Ilustrasi visual daripada berbagai kumpulan imajan telah lama wujud dalam naskhah manuskrip alam Melayu,
khususnya dalam genre adat dan budaya. Buktinya adalah merujuk kepada temuan unsur-unsur visual dalam manuskrip
Pelaga Lembu (MS1649) dari Kelantan-Patani, yang ditulis sekitar tahun 1860-an-1920-an. Manuskrip ini bersifat
tunggal dan mempamerkan ciri-ciri autentik dalam konteks budaya kesenian visual. Dimensi ilustrasi visual merangkumi
imajan makhluk ghaib seperti jin, pelbagai jenis simbolik wafak, diagram, kaligram, jadual, haiwan, Huruffuyyun,
Yantra-Sak Yant, reka bentuk binaan, figura manusia dan pelbagai jenis tanda bab atau ayah. Keseluruhan unsur
ilustrasi bukan berperanan sebagai hiasan tetapi berfungsi secara simbolik tentang adat dan tatacara pengurusan
lembu pelaga sebelum, ketika dan selepas temasya perlagaan lembu. Manuskrip merupakan manual untuk pawang atau
bomoh yang dianggap ‘orang pandai’ bertanggungjawab menentukan hari tarikh, bulan bersesuaian bagi mengadakan
temasya. Pemikiran visual secara simbolik dan metaforik menjadi dasar utama alam kesenian Melayu dilihat melalui
pendekatan komunikasi menggunakan kandungan semiotologi seperti ikon, indeks dan simbol. Setiap ilustrasi visual
dihasilkan mempunyai ‘isi’ yang berfungsi secara grafik, optikal, persepsi, imajan mental dan verbal sama ada secara
sedar atau tidak sedar telah diaplikasikan untuk tujuan hiburan kepada masyarakat.

Item Type: Article
Keywords: Ilustrasi visual, Manuskrip pelaga lembu, Art writing, Alam Melayu, Kelantan-Patani
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Munirah Mohd Izzan (KABS, Puncak Alam)
Date Deposited: 20 Mar 2022 23:45
Last Modified: 21 Mar 2022 08:19
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item