Pengeluaran getah asli Malaysia naik 36.7 peratus

Pengeluaran getah asli Malaysia naik 36.7 peratus. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 36.7 peratus kepada 41,690 tan pada Disember 2021 daripada 30,493 tan yang dicatatkan pada November 2021, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata perbandingan tahunan pula menunjukkan pengeluaran susut 16.3 peratus daripada 49,825 tan yang direkodkan pada Disember 2020. "Pengeluaran getah asli Malaysia pada Disember 2021 disumbangkan terutama oleh sektor pekebun kecil pada 91 peratus manakala sektor estet sebanyak 9.0 peratus," katanya dalam kenyataan mengenai Perangkaan Getah Bulanan Malaysia Disember 2021 yang dikeluarkan pada Khamis. DOSM mengeluarkan perangkaan itu yang meliputi statistik pengeluaran, import, eksport, penggunaan domestik, stok, harga, bilangan pekerja, gaji dan upah serta produktiviti bagi estet getah.

Item Type: Newspaper
Keywords: Getah asli, Pekebun kecil, Pengeluaran getah asli, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
Taxonomy: By Subject > Plantation & Agrotechnology > Plantation and Agribusiness Management
Local Content Hub: Subjects > Plantation & Agrotechnology
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 16 Mar 2022 23:45
Last Modified: 17 Mar 2022 05:12
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item