Perspektif pengguna sabah terhadap tahap alam sekitar

Perspektif pengguna sabah terhadap tahap alam sekitar. Jurnal Kinabalu, 23. pp. 1-28. ISSN 2600-867X (2020)



Abstract

Tinjauan ini bertujuan mengenal pasti sikap, tahap pengetahuan dan tanggapan pengguna Sabah terhadap isu alam sekitar di pelbagai peringkat. Kaedah yang digunakan ialah tinjauan pendapat dengan pemilihan responden daripada masyarakat tempatan secara rawak. Instrumen dipakai ialah borang soal selidik yang diedarkan kepada khalayak tuju oleh pelajar tahun akhir Program Komunikasi, Universiti Malaysia Sabah. Respons yang diterima sebilangan besarnya adalah daripada kaum muda yang berpelajaran dengan pihak wanita melebihi lelaki. Lazimnya, kajian ini mendapati bahawa umumnya responden sedar mengenai masalah alam sekitar dan punca kejadiannya. Bagi mereka, masalah alam sekitar paling teruk di Sabah ialah pencemaran air, diikuti oleh pencemaran udara, tanah dan kebisingan. Punca pencemaran berlaku penyebab utama disalahkan oleh responden ialah masyarakat sendiri dan dituruti oleh tindakan perseorangan yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Responden cukup mementingkan pendidikan alam sekitar sebagai penyelamatnya. Namun begitu, mereka sangat pesimistik terhadap kejayaan usaha menyelamatkan kesejahteraan alam sekitar. Bagaimanapun, mereka tetap memohon supaya semua pihak bersatu untuk menjamin alam sekitar agar tidak terus terancam. Responden juga mahukan pihak media supaya lebih aktif dalam aspek pendidikan alam sekitar, terutamanya dari internet. Suatu penemuan yang menarik ialah sumber maklumat alam sekitar dari badan bukan kerajaan adalah lebih diyakini daripada yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan walaupun responden lebih menerima bahan alam sekitar daripada agensi kerajaan.

Item Type: Article
Keywords: Alam sekitar, Pencemaran, Kepenggunaan, Pendidikan alam sekitar, Kesihatan, Media massa, NGO, Kesedaran
Taxonomy: By Subject > Applied Sciences > Biology
By Subject > Applied Sciences > Environmental Technology
Local Content Hub: Subjects > Applied Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 21 Mar 2022 23:20
Last Modified: 22 Mar 2022 09:09
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item