Pertanian organik komuniti mampu atasi isu bekalan makanan

Pertanian organik komuniti mampu atasi isu bekalan makanan. [Newspaper] (2022)



Abstract

Krisis rantaian bekalan melanda dunia mula memberi impak kepada negara. Pengguna melaporkan kesukaran mendapatkan bekalan bahan makanan seperti telur ayam dan sayur-sayuran. Harga bahan makanan seperti ayam juga melambung tinggi kesan krisis inflasi disebabkan pandemik COVID-19. Namun, selalunya akan ada peluang dan rahmat di sebalik sesuatu musibah. Satu daripadanya ramai dalam kalangan kita memupuk hobi baharu iaitu menanam sayur-sayuran secara organik di kediaman masing-masing. Ada yang memulakannya bagi memanfaatkan masa lapang ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. Ada pula menjadikannya sebagai pelampiasan untuk mengurangkan tekanan dan masalah kesihatan mental mereka. Tidak kurang juga mula menanam secara organik untuk penjagaan kesihatan lebih baik. Bahan makanan ditanam sendiri pasti bebas daripada bahan kimia berbahaya. Mereka hanya menggunakan bahan diperoleh secara organik sebagai baja, terutama daripada sisa domestik rumah sendiri seperti air basuhan ikan, lebihan makanan dan kulit telur.

Item Type: Newspaper
Keywords: Tanaman organik, Sisa domestik, Baja organik
Taxonomy: By Subject > Plantation & Agrotechnology > Crop Science
Local Content Hub: Subjects > Plantation & Agrotechnology
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 16 Mar 2022 23:46
Last Modified: 17 Mar 2022 03:53
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item