Model pengurusan risiko perancangan sistem maklumat di sektor awam

Model pengurusan risiko perancangan sistem maklumat di sektor awam. Jurnal Pengurusan 48(2016) 149 – 16, 48. pp. 149-160. ISSN 0127-2713 (2016)



Abstract

Pembangunan Sistem Maklumat (SM) terdedah kepada pelbagai risiko. Kebanyakan projek tidak mencapai matlamat yang disasar seperti yang dirancang kerana tidak menepati kos, jangka masa dan kualiti yang ditetapkan. Menurut kajian terdahulu, salah satu punca kegagalan projek pembangunan SM adalah kegagalan mengurus dan memahami risiko kerana ia tidak dapat dielak. Pengurusan risiko di peringkat awal projek SM adalah penting, khususnya dalam fasa perancangan yang merupakan fasa pertama di dalam Kitaran Hayat Pembangunan Sistem. Oleh itu, kajian ini mengenal pasti faktor risiko perancangan SM, tahap keutamaannya dan strategi tindak balas yang bersesuaian. Faktor risiko yang dikenalpasti dari kajian konseptual dianalisis secara kritikal dan disahkan oleh pakar yang berpengalaman di dalam pembangunan SM sektor awam. Hasil kajian dipapar dalam model cadangan faktor risiko perancangan SM sektor awam yang boleh dijadikan panduan oleh agensi kerajaan dalam mengurus risiko.

Item Type: Article
Keywords: Pengurusan risiko, Risiko perancangan sistem, Perancangan SM, Sektor awam, Pentadbiran awam, Urustadbir awam
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Mohd Fadhli Samsudin
Date Deposited: 21 Mar 2022 23:49
Last Modified: 22 Mar 2022 04:42
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item