Kemajuan sektor pertanian di Kelantan

Kemajuan sektor pertanian di Kelantan. Discussion Paper. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. (Unpublished) (2016)



Abstract

Pertanian adalah pengeluaran makanan dan barangan melalui perdagangan, penternakan, dan perhutanan. Ianya merupakan perkembangan utama yang telah membawa kepada kebangkitan tamadun dengan penanaman dan penternakan bagi mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat. Sektor pertanian ini merupakan sektor yang ketiga terpenting dalam menyumbang kepada pendapatan negara. Penekanan terhadap sektor pertanian telah membolehkan negara mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan daripada luar negara. Hal ini jelas bahawa sektor pertanian telah menyumbang sebanyak Rm 20.2 bilion atau 4% daripada pendapatan negara kasar (PNK) Malaysia. Bagi memastikan sektor pertanian memainkan peranan yang positif maka beberapa dasar telah dirombak. Antara dasar yang diutarakan adalah dasar pertanian negara telah dibahagikan kepada beberapa peringkat pelaksanaan yang merangkumi dasar pertanian negara pertama (1984-1991). Dasar pertanian kedua (1992-1998) dan juga dasar pertanian negara ketiga (1998-2010).

Item Type: Monograph (Discussion Paper)
Keywords: Agricultural Trade
Taxonomy: By Subject > Plantation & Agrotechnology > Plantation and Agribusiness Management
Local Content Hub: Subjects > Plantation & Agrotechnology
Depositing User: Rizana Mohd Radwan
Date Deposited: 05 Jun 2020 07:11
Last Modified: 05 Jun 2020 07:11
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item