Seni Mengikat Tengkolok Warisan Perak Darul Ridzuan

Seni Mengikat Tengkolok Warisan Perak Darul Ridzuan. Malaysian Journal of Creative Media, Design and Technology, 1 (1): 9. pp. 1-10. ISSN 2637-0557 (2017)



Abstract

Tujuan penulisan kertas kerja ini adalah untuk mendokumentasikan proses Teknik lipatan tengkolok warisan Melayu. Tengkolok merupakan salah satu hiasan atau penutup kepala lelaki Melayu yang unik serta mempunyai identiti tersendiri.Seni mengikat tengkolok ini mencerminkan ketinggian ilmu serta kreativiti orang Melayu zaman dahulu dalam mereka bentuk sesebuah tengkolok. Bagi menjelaskan proses teknik lipatan tengkolok ini, pendekatan kebudayaan secara kualitatif digunakan. Data secara bertulis atau visual dikumpul dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual. Hasil penelitian mendapati bahawa proses teknik lipatan tengkolok ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian pertama adalah teknik lipatan asas, bahagian kedua adalah simpul dan bahagian ketiga adalah solek (reka bentuk). Justeru itu, kertas kerja ini akan membincangkan mengenai teknik lipatan tengkolok Ayam Patah Kepak dari Perak Darul Ridzuan. Pendokumentasian teknik lipatan tengkolok ini merupakan salah satu cara bagi menghargai hasil seni warisan Melayu agar terpelihara dan diwarisi dari zaman ke zaman. Di samping itu kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada para penyelidik terutama dalam warisan pakaian Melayu dan generasi muda pada masa kini serta akan datang.

Item Type: Article
Keywords: Tengkolok, Teknik lipatan, Warisan Perak, Craft, Malay heritage
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Munirah Mohd Izzan (KABS, Puncak Alam)
Date Deposited: 20 Mar 2022 23:47
Last Modified: 21 Mar 2022 07:13
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item