Pemancing perlu bantu lupuskan ikan asing bimbang jejaskan ekosistem

Pemancing perlu bantu lupuskan ikan asing bimbang jejaskan ekosistem. [Newspaper] (2022)



Abstract

SEREMBAN: Orang ramai khususnya kaki pancing di Negeri Sembilan diminta untuk melupuskan hasil tangkapan mereka sekiranya ia terdiri daripada spesies ikan asing berbahaya yang semakin kerap ditemukan di kawasan perairan negara ini.
Pegawai Perikanan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Doreen Wee Siew Leen berkata, sekiranya pemancing melepaskan semula ikan asing seperti Peacock Bass, Baung Ekor Merah, Alligator Gar (Ikan Kepala Buaya) yang ditangkap mereka itu, ia tentunya akan terus memusnahkan ekosistem kawasan perairan tersebut termasuk menghapuskan spesies ikan asli tempatan.

“Sebenarnya, pihak kami memang ada terima banyak aduan berkaitan penemuan ikan-ikan bukan asli ni di perairan seperti sungai, tasik dan lombong. “Sebagai contoh, penemuan ikan peacock bass di sebuah lombong di Kampung Siliau, Rantau, ikan Baung Ekor Merah di empangan Sungai Buloh, Jelebu selepas kejadian banjir lalu dan terbaharu ikan Alligator Gar yang ditangkap seorang pemancing di sebuah lombong tinggal di Kampung Lambar, Labu di sini.

“Jika ada yang terjumpa, terpancing ikan bukan asli, kami nasihatkan mereka untuk jangan lepaskan semula ke perairan dan sebaiknya dilupuskan demi menjaga sumber ikan-ikan asli yang terdapat di perairan kita,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. Mengulas lebih lanjut, Siew Leen berkata, terdapat beberapa kemungkinan ikan-ikan asing ini semakin kerap ditemui di perairan negara ini termasuk di Negeri Sembilan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Ekosistem, Perairan negara, Spesis ikan asing
Taxonomy: By Subject > Applied Sciences > Biology
Local Content Hub: Subjects > Applied Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 17 Mar 2022 23:48
Last Modified: 18 Mar 2022 09:00
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item