Alur perairan Kuala Perlis turun bawah paras 1.6 meter

Alur perairan Kuala Perlis turun bawah paras 1.6 meter. [Newspaper] (2022)



Abstract

ALOR SETAR: Fenomena air laut surut yang menyebabkan alur perairan di Terminal Kuala Perlis turun ke bawah paras 1.6 meter menyebabkan feri Langkawi-Kuala Perlis tidak dapat berlayar lebih awal. Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures, Kapten Baharin Baharom, berkata Feri Star City 6 yang membawa 423 penumpang sepatutnya memulakan perjalanan pada jam 2.30 petang semalam, namun gagal akibat mengalami kerosakan. Jelasnya, pihak pengurusan konsortium yang menyedari masalah itu mengambil keputusan menukarkan feri berkenaan kepada Feri Bahagia 99 yang mampu membawa sehingga 555 penumpang.
"Bagaimanapun, air laut mulai surut pada jam 3.30 petang dan jika feri berlayar selepas waktu itu, bermakna feri akan tiba lewat di Terminal Kuala Perlis dan keadaan ini boleh menyebabkan perkara tidak diingini berlaku.

Item Type: Newspaper
Keywords: Fenomena air laut, Alur perairan, Air laut surut
Taxonomy: By Subject > Applied Sciences > Marine technology
Local Content Hub: Subjects > Applied Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 17 Mar 2022 23:48
Last Modified: 18 Mar 2022 08:47
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item