Ketengah jenama PKS Malaysia

Ketengah jenama PKS Malaysia. [Newspaper] (2022)



Abstract

PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) serta SME Bank bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia mengembangkan kehadiran jenama di pasaran Timur Tengah dan Afrika Utara. Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata, kerjasama itu bagi memulihkan perniagaan pascapandemik dan turut membabitkan penyertaan 11 syarikat daripada pelbagai sektor dalam Misi Mempercepatkan Eksport (EAM) ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Katanya, kerjasama antara Matrade, Medac dan SME Bank menandakan kepentingan sinergi dalam ekosistem perdagangan dalam mengukuhkan daya saing perdagangan Malaysia sebagai disyorkan Pelan Tindakan Perdagangan Nasional (NTBp). "Tahun ini, Matrade terus menjalin dan memanfaatkan kerjasama strategik dengan pelbagai kementerian, agensi, kedutaan asing dan persatuan industri perdagangan dalam melaksanakan program berkaitan eksport untuk mewujudkan lebih banyak peluang kepada komuniti perniagaan. "Matrade menggariskan 286 program promosi eksport dan pembangunan pengeksport tahun ini bagi syarikat Malaysia untuk berani menghadapi permintaan pasaran serta mengembangkan jejak global mereka.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pelan Tindakan Perdagangan Nasional (NTBp), Jenama tempatan, Pasaran antarabangsa, Ekosistem perdagangan, Eksport Malaysia
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 17 Mar 2022 23:49
Last Modified: 18 Mar 2022 08:34
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item