SME Bank sasar jualan eksport usahawan PKS meningkat. [Newspaper] (2022)
Abstract
KUALA LUMPUR: SME Bank menyasarkan peningkatan jualan eksport sebanyak RM23 juta bagi keseluruhan peserta Program Eksport Perniagaan (BEP) yang dijalankan secara usaha sama oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), SME Bank dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Ia berkata, seramai 11 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang juga peserta BEP telah di bawa menyertai Misi Peningkatan Eksport atau Export Acceleration Mission (EAM) Dubai 2022 yang berlangsung serentak dengan Ekspo Dubai 2020 dan Gulf Food. Ketua Pegawai Strategik Korporat Kumpulan SME Bank, Datuk Mohammad Hardee Ibrahim, berkata selain mencari peluang melebarkan pasaran ke peringkat antarabangsa, 11 usahawan PKS itu juga akan mencari peluang untuk menarik pelabur ke dalam syarikat masing-masing. Beliau berkata, ia adalah antara objektif utama penyertaan mereka di bawah EAM yang turut dilancarkan di Dubai oleh Ketua Setiausaha MEDAC, Datuk Suriani Datuk Ahmad pada 13 Februari 2022.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Program Eksport Perniagaan (BEP), perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Dasar Keusahawanan Negara (DKN), Hasil eksport, Pasaran antarabangsa |
Taxonomy: | By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals By Subject > Entrepreneurship > Business Planning |
Local Content Hub: | Subjects > Entrepreneurship |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 17 Mar 2022 23:49 |
Last Modified: | 18 Mar 2022 08:27 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |