IPT perlu jadi jaguh terjemah konsep pembangunan mampan

IPT perlu jadi jaguh terjemah konsep pembangunan mampan. [Newspaper] (2022)



Abstract

KONSEP pembangunan mampan semakin menjadi perhatian warga dunia apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memperkenalkan matlamat pembangunan lestari (SDG) sejak 2015. Pembangunan mampan bukan hanya melihat kepada aspek kemajuan ekonomi, bahkan mengambil kira aspek kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat. Hari ini, matlamat pembangunan mampan semakin penting disebabkan peningkatan pelbagai isu mengancam keseimbangan alam sekitar. Sebagai negara membangun, Malaysia juga komited menyokong matlamat pembangunan mampan, sekali gus menzahirkan iltizam menjadi negara terus membangun secara mampan seiring pengagihan ekonomi adil, saksama dan inkusif. Ini digariskan melalui Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 diwartakan pada 2019 sebagai panduan kepada hala tuju negara. Malah melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), lonjakan kemampanan diangkat sebagai tema utama bagi memastikan kebolehupayaan negara dalam mengharungi cabaran semasa dalam konteks global dan domestik.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pembangunan mampan, Pembangunan lestari, Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB), Alam sekitar
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 30 Mar 2022 23:15
Last Modified: 30 Mar 2022 23:15
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item