Agenda ESG tarik pelabur asing

Agenda ESG tarik pelabur asing. [Newspaper] (2022)



Abstract

BERMULA dengan Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 1992, Protokol Kyoto 1997 dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2015, kesedaran tentang kelestarian dan perlindungan bumi kini menjadi agenda arus perdana global di bawah kerangka Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Kerangka SDG merupakan penambaikan yang melengkapkan inisiatif-inisiatif sebelum ini yang boleh dilaksanakan oleh syarikat komersial, institusi pelaburan dan pemegang taruh lain bagi mewujudkan bumi yang lebih mampan. Sebelum pandemik Covid-19 berlaku, agenda ESG lebih terarah kepada dimensi pemeliharaan alam sekitar seperti tenaga boleh diperbaharui, perubahan iklim dan sasaran karbon sifar bersih. Malaysia sendiri mengalami kesan buruk perubahan iklim apabila tragedi banjir luar biasa melanda Lembah Klang pada penghujung Disember lalu menyebabkan kemusnahan harta benda serta kerugian ekonomi RM6.1 bilion. Benua Eropah juga tidak terkecuali apabila megafloods menimpa negara-negara seperti Jerman, Belanda dan Belgium menyaksikan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa ratusan penduduk.

Item Type: Newspaper
Keywords: Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), Alam sekitar, Karbon sifar, Perubahan iklim, Pengurusan risiko, Pembangunan lestari
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 03 Jun 2022 01:54
Last Modified: 03 Jun 2022 02:00
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item