Malaysia, rakan kongsi ideal pertanian lestari

Malaysia, rakan kongsi ideal pertanian lestari. [Newspaper] (2022)



Abstract

DUBAI: Malaysia ialah rakan kongsi ideal pertanian lestari kerana ia memiliki semua unsur seperti rizab yang bernilai, sumber alam dan bahan mentah serta peluang untuk pertanian lestari berkembang maju. Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata selain daripada semua unsur itu, Malaysia juga adalah sebuah negara dengan persekitaran mesra perniagaan, infrastruktur berkelas dunia dan memiliki tenaga kerja berkemahiran tinggi. "Ini diperkukuhkan dengan komitmen kerajaan kami menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 Malaysia, selain daripada Dasar Agromakanan Kebangsaan 2.0 di bawah MAFI yang dirumuskan agar sejajar dengan Agenda Matlamat Pembangungan Lestari 2030 (SDG) dan lain-lain dasar kebangsaan mengenai perubahan iklim dan kepelbagaian biologi," kata Ronald dalam ucapan beliau pada Minggu Pertanian Lestari di Expo Dubai 2020 hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pertanian lestari, Sumber alam, Perubahan iklim, Pembangunan lestari, Kerjasama serantau
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 03 Jun 2022 02:05
Last Modified: 03 Jun 2022 02:05
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item