Kelestarian alam sekitar agenda penting tangani perubahan iklim

Kelestarian alam sekitar agenda penting tangani perubahan iklim. [Newspaper] (2022)



Abstract

Fenomena bencana alam menuntut keprihatinan semua pihak kerana ia sudah mula menjadi krisis bencana pada peringkat global. Satu demi satu bencana di seluruh dunia termasuk Malaysia perlu menjadi titik permulaan kepada pelbagai pihak untuk berganding bahu menangani krisis ini. Mengikut laporan badan kebajikan berpangkalan di United Kingdom (UK), Christian Aid, jumlah kerugian akibat bencana alam terpaksa ditanggung pada 2021 meningkat 13 peratus berbanding tahun sebelumnya. Pola peningkatan ini menunjukkan perubahan iklim akibat aktiviti manusia hingga membawa bencana alam paling teruk dalam sejarah apabila meragut ribuan nyawa dan jutaan rakyat hilang tempat tinggal. Di Malaysia, banjir besar melanda negara pada hujung tahun lalu, meragut puluhan nyawa dan puluhan ribu mangsa terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), manakala ramai hilang tempat tinggal.

Item Type: Newspaper
Keywords: Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), Bencana alam, Perubahan iklim, Kelestarian alam sekitar
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 03 Jun 2022 02:33
Last Modified: 03 Jun 2022 02:33
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item