137 kampung terima manfaat Program Desa Lestari KPLB

137 kampung terima manfaat Program Desa Lestari KPLB. [Newspaper] (2022)



Abstract

SEBERANG PERAI – Sebanyak 137 buah kampung di seluruh negara setakat ini tersenarai dalam Program Desa Lestari di bawah inisiatif Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) selepas mula diperkenalkan pada tahun 2013. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Program Desa Lestari diwujudkan bagi melonjakkan pengupayaan komuniti dalam merancang serta menjayakan pelaksanaan projek pembangunan di kampung. “Desa Lestari adalah untuk memperkasa aktiviti ekonomi dan keusahawanan penduduk kampung melalui koperasi dengan membuka peluang pekerjaan baharu serta peluang peningkatan pendapatan kepada penduduk. “Ia secara tidak langsung akan memajukan kampung yang menyertai program ini selain mengubah cara ke arah penggunaan teknologi digital dan kaedah yang lebih moden dan terkini dalam aktiviti ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Program desa lestari, Pengurusan pembangunan, Pembangunan komuniti
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 03 Jun 2022 02:45
Last Modified: 03 Jun 2022 02:45
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item