Bajet 2022 kurangkan kesan negatif ekonomi - DOSM

Bajet 2022 kurangkan kesan negatif ekonomi - DOSM. [Newspaper] (2021)



Abstract

PUTRAJAYA: Pengumuman Bajet 2022 bercirikan pengembangan bagi tahun hadapan dengan dijangka dapat meminimumkan tekanan ekonomi dan memacu pertumbuhan ekonomi ke landasan yang betul, selain disokong program vaksinasi berterusan dan pembukaan semula perjalanan rentas negeri. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata meskipun prestasi ekonomi keseluruhan mencatatkan penyusutan pada suku ketiga, namun kebanyakan petunjuk ekonomi sudah mula menunjukkan peningkatan secara beransur-ansur terutamanya pada September 2021."Walaupun keluaran dalam negara kasar (KDNK) merekodkan penyusutan 4.5 peratus, peralihan berterusan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah mengurangkan impak terhadap penguncupan KDNK Malaysia yang dicerminkan menerusi penyusutan kecil 1.1 peratus yang direkodkan pada September 2021 berbanding Ogos 2021 (-4.7 peratus) dan Julai (-7.6 peratus)."Dari segi penawaran, semua sektor menyusut pada suku ini, manakala dari segi permintaan, Perbelanjaan penggunaan akhir swasta dan Pembentukan modal tetap kasar mencatatkan penurunan, kecuali Perbelanjaan penggunaan akhir kerajaan yang kekal positif pada suku ketiga 2021.

Item Type: Newspaper
Keywords: Bajet 2022, Pelan Pemulihan Negara (PPN), Pentadbiran kewangan, Pengurusan pembangunan
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 17 Jun 2022 08:48
Last Modified: 17 Jun 2022 08:48
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item