Sentimen perniagaan di Malaysia semakin pulih. [Newspaper]
Abstract
KUALA LUMPUR: Sentimen perniagaan untuk suku keempat 2021 bertambah baik berikutan kelonggaran sekatan ekonomi dan pembukaan semula kebanyakan sektor pada pertengahan Oktober, demikian mengikut laporan terkini Indeks Keadaan Perniagaan (BCI) Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).
Dalam laporan itu, MIER berkata pengeluaran, pelaburan modal dan penggunaan kapasiti masing-masing meningkat sejajar dengan pertambahan permintaan daripada sumber dalam dan luar negara.
Ia berkata, peningkatan prestasi pengeluaran dan jualan dilihat sebagai hasil terpenting untuk industri pembuatan.
"Pelonggaran sekatan dan pembukaan semula kebanyakan sektor adalah kritikal untuk pemulihan Malaysia. Operasi perniagaan akan memerlukan masa untuk meningkatkan kapasiti pra-pandemik berikutan penutupan yang berpanjangan.
"Perjuangan memerangi COVID-19 mungkin belum berakhir. Walau bagaimanapun, prospek perniagaan yang lebih baik dijangkakan dalam suku tahun akan datang," katanya.
Laporan BCI MIER bagi suku keempat 2021 menunjukkan pengeluar sudah mula mendapat keyakinan semula, apabila indeks pada suku itu menunjukkan tinjauan positif, meningkat sebanyak 25.0 mata kepada 122.0 mata, jauh melebihi ambang 100 mata.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Sekatan ekonomi, Pelaburan modal, Prospek perniagaan, Indeks Keadaan Perniagaan (BCI), Pertumbuhan ekonomi |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Economics |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 17 Jun 2022 08:57 |
Last Modified: | 17 Jun 2022 08:57 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |