Kreatif dan indah! mural tangga di Sandakan ini menguji kemahiran pelukisnya

Kreatif dan indah! mural tangga di Sandakan ini menguji kemahiran pelukisnya. [Newspaper] (2021)



Abstract

SEORANG pelukis komersial di Sandakan memanfaatkan masa yang terluang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh pada masa ini dengan melakukan sesuatu yang lebih bermanfaat untuk mencantikkan bandar itu. Muhammad Amin Muhidin, 46 tahun, yang berpengalaman dalam bidang lukisan batik selama 26 tahun sedang dalam proses akhir untuk menyiapkan mural lukisan tangga menuju ke Wisma Perbandaran di bandar Sandakan. Reka bentuk mural lukisan tangga yang dihasilkannya adalah berkonsepkan Sabah merangkumi kepelbagaian etnik dan alam semulajadi yang ada di negeri itu. Beliau yang dibantu seorang lagi pelukis iaitu Herman Stephan mengambil masa selama lebih tiga minggu untuk menyiapkan mural berkenaan dari satu anak tangga ke satu anak tangga.

Item Type: Newspaper
Keywords: Mural, Pelukis komersial, Cat minyak
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Fine Art
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 03 Jun 2022 04:22
Last Modified: 03 Jun 2022 04:22
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item