Perkembangan pembangunan sektor pertanian di Melaka, 1957-1980

Perkembangan pembangunan sektor pertanian di Melaka, 1957-1980. Journal of History Department, University of Malaya, 28 (2). pp. 99-119. ISSN 1985-0611 (2020)



Abstract

Sektor pertanian sememangnya tidak asing lagi dalam pembangunan ekonomi bagi negeri Melaka. Selepas kemerdekaan negara, sektor pertanian masih merupakan nadi utama pertumbuhan ekonomi Melaka terutama bagi tanaman getah dan padi. Ini terbukti melalui kedua-dua jenis tanaman ini adalah penyumbang utama kepada peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Melaka semenjak tahun 1960 hingga tahun 1980. Meskipun, tumpuan awal pembangunan sektor pertanian di Melaka terarah kepada meningkatkan produktiviti keluaran pertanian, namun, tidak bererti Kerajaan Melaka mengabaikan tumpuan untuk membaiki kehidupan sosial penduduk luar bandar di bawah strategi pembangunan pertanian.
Oleh yang demikian, kajian ini ingin mengetengahkan sejauhmana perkembangan pertanian yang dijalankan Kerajaan Melaka telah dapat meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar dari tahun 1957 sehingga tahun 1980. Tahun 1957 dipilih sebagai tempoh permulaan bagi kajian ini kerana menandakan tahun kemerdekaan negara. Manakala penyelidikan ini berakhir pada tahun 1980 sebelum bermula pelaksanaan pembangunan pertanian secara in-situ menerusi Rancangan Pembangunan Pertanian Bersepadu Negeri Melaka pada awal tahun 1981.

Item Type: Article
Keywords: agricultural development, agricultural productivity
Taxonomy: By Subject > Plantation & Agrotechnology > Plantation and Agribusiness Management
Local Content Hub: Subjects > Plantation & Agrotechnology
Depositing User: Bahroni Moojee
Date Deposited: 05 Jun 2020 07:26
Last Modified: 05 Jun 2020 07:26
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item