Amway optimis tingkat keuntungan. [Newspaper] (2022)
Abstract
Kuala Lumpur: Amway (Malaysia) Holdings Bhd kekal optimis untuk menjana pertumbuhan keseluruhan perniagaan yang mampan di samping meningkatkan keuntungan bagi tahun kewangan 2022.
Pengarah Urusan bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, Mike Duong berkata, syarikat menyasarkan pertumbuhan keseluruhan yang sederhana sepanjang tahun ini, dan akan terus melabur secara strategik dan berhemat pada segmen berfokus.Katanya, ini termasuk dalam program berteraskan Pemilik Perniagaan Amway (ABO), pelancaran dan promosi produk, serta menambah baik platform digital dan infrastruktur penghantaran yang berkaitan."Walaupun kos yang berkaitan dengan pelaburan ini akan memberi tekanan pada margin operasi, kumpulan menjangkakan pelan insentif jualan yang dilancarkan pada tahun sebelumnya akan diseimbangkan sekali gus meningkatkan margin operasi berbanding tahun sebelumnya."Kami juga menyasarkan peningkatan jumlah usahawan ABO dan pelanggan berdaftar. Selain meningkatkan penawaran produk dan penyelesaian kesihatan dan kesejahteraan, kami juga akan memantapkan program komuniti dan pelanggan setia serta memodenkan pengalaman saluran digital kami.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Amway Malaysia, Pelaburan, Profit & loss, Revenue growth, Penawaran produk |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Finance By Subject > Business & Management > Marketing |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 17 Jun 2022 09:10 |
Last Modified: | 17 Jun 2022 09:10 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |