Keberkesanan penggunaan box jump untuk meningkatkan kemahiran melonjak dengan menggunakan keadah latihan pliometrik dalam kalangan pemain lompat jauh

Keberkesanan penggunaan box jump untuk meningkatkan kemahiran melonjak dengan menggunakan keadah latihan pliometrik dalam kalangan pemain lompat jauh. Jurnal Dunia Pendidikan, 3 (2). pp. 362-369. ISSN 2682-826X (2021)



Abstract

Lompat Jauh di Malaysia boleh dikatakan sebagai sukan yang sangat popular. Namun sering dikatakan pemain lompat jauh tidak boleh melonjak pada suatu tahap yang maksimum. Lantaran itu kajian ini dibuat un tuk mengkaji keberkesanan penggunaan box jump untuk meningkatkan kemahiran melonjak dengan menggunakan keadah Latihan pliometrik dalam kalangan pemain lompat jauh. Kajian ini berbentuk eksperimental dan seramai 35 orang pemain lompat jauh lelaki dan perempuan lalu dibahagikan kepada dua kumpulan secara rawak iaitu kumpulan eksperimen (KE;n=18) dan kumpulan kawalan (KK;n=17). Subjek menjalani latihan sebanyak 3 kali seminggu selama enam minggu. Subjek berusia 15 tahun. Subjek menjalani dua jenis latihan iaitu depth jump dan lunge jump pada fasa pra dan pasca program latihan dijalankan. Ujian box jump dijalankan untuk menguji keberkesanan latihan pliometrik. Pengujian rintis telah dijalankan sebelum kajian sebenar dilaksanakan keatas pemain lompat jauh. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Statiscal For Science Sosial (SPSS) versi 21.0. Dapatan kajian menunjukkan latihan pliometrik adalah signifikan. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan sebelum dan selepas menjalani program latihan iaitu lunge jump (-17.11), depth jump (-17.06) dan box jump (-4.971). Berdasarkan keputusan kajian, latihan pliometrik yang diberikan dapat membantu meningkatkan kuasa eksplosif otot kaki dalam lompat jauh.

Item Type: Article
Keywords: Latihan Pliometrik, Lompat jauh, Kemahiran melonjak, Kuasa eksplosif otot kaki
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 23 Mar 2022 23:59
Last Modified: 24 Mar 2022 01:05
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item