Penyesuaian hasil dapatan kajian pelanggan Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) Universiti Sains Malaysia (USM) dengan strategi kuratorial pameran e-CITRA. Wacana Seni Journal of Arts Discourse, 10. pp. 30-67. ISSN 2180-4311 (2011)
Abstract
Perbincangan tentang sesebuah pameran seni visual kontemporari sering tertumpu pada karya, pengkaryaan dan karyawan. Kerangka teori perbincangan tentang pameran lazimnya dikekang oleh metodologi pembacaan formalisma dan estetika (baca: Barat). Dalam artikel ini, perbincangan tentang pameran e-CITRA ditinjau dari kerangka kajian pelanggan dan aplikasinya dalam strategi kuratorial. Dengan menggunakan e-CITRA dan keserasian konsep hibridnya dengan model kuratorial Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) sebagai contoh kes dan asas teoretikal, artikel ini menghuraikan bagaimana dapatan kuantitatif dari kajian pelanggan boleh digunakan untuk membina strategi kuratorial untuk e-CITRA. Hasilnya, pameran tersebut bersesuaian dengan profil audiens MGTF justeru mencipta pengalaman kunjungan yang lebih inklusif, lestari dan berkembang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kajian pelanggan, Strategi kuratorial |
Taxonomy: | By Subject > Art & Design > Creative Photomedia By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies |
Local Content Hub: | Subjects > Art & Design |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 23 Mar 2022 23:59 |
Last Modified: | 24 Mar 2022 00:57 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |