Ahli perniagaan berjaya boleh bantu majukan peniaga kecil di Sarawak - Idris

Ahli perniagaan berjaya boleh bantu majukan peniaga kecil di Sarawak - Idris. [Newspaper] (2020)



Abstract

KOTA SAMARAHAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang menggesa taikun-taikun Bumiputera dan bukan Bumiputera yang berjaya dalam perniagaan tampil membantu memajukan golongan peniaga-peniaga kecil di negeri ini. Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu menegaskan, para peniaga kecil harus dibela dan dibantu untuk mempertingkatkan pendapatan golongan tersebut."Saya amat berharap dan memberi seruan yang datang dari lubuk hati saya minta kepada mana-mana taikun-taikun Bumiputera yang berjaya dan menjadi jutawan dan sebagainya syarikat-syarikat besar termasuk ahli korporat, tolonglah peniaga Bumiputera yang masih susah mencari pendapatan."Ini termasuk juga kepada taikun-taukun bukan Bumiputera juga boleh tampil membantu, jangan ambil kekayaan di bumi Sarawak untuk diri sendiri sahaja, bantulah peniaga kecil ini," katanya ketika merasmikan Program Khidmat Masyarakat Ibu Tunggal Ibu Gemilang anjuran Dewan Ekonomi Melayu Sarawak (DEKOMS) di Kampung Meranek di sini hari ini. Jelas Idris, ahli perniagaan yang telah berjaya boleh menjadi mentor kepada peniaga kecil ini untuk mereka menimba ilmu untuk berjaya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Mentor, Peniaga kecil, Program khidmat masyarakat, Jalinan industri
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Human Resource
By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 06 Jul 2022 08:19
Last Modified: 06 Jul 2022 08:19
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item