Warisan perubatan tradisional dalam seni silat di Kelantan, Malaysia

Warisan perubatan tradisional dalam seni silat di Kelantan, Malaysia. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 9 (2). pp. 36-59. ISSN 2289-4527 (2021)



Abstract

Silat merupakan seni mempertahankan diri yang terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu dan tersebar luas di Nusantara. Namun, tidak semua dalam kalangan masyarakat mengetahui tentang adanya proses perubatan secara tradisional di dalam persilatan dan kedua-duanya amat memerlukan antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, perubatan tradisional dalam seni silat telah bergerak seiring dengan pembelajaran ilmu silat dan berfungsi sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Aktiviti perubatan tradisional di dalam persilatan ini juga masih lagi diamalkan di Kelantan, yang juga terkenal dengan ritual perubatan melalui seni persembahan seperti Main Puteri dan Mak Yong. Walau bagaimanapun proses perubatan dalam seni silat yang dikaji berbeza dengan Main Puteri dan Mak Yong di mana ia tidak dipertontonkan di hadapan khalayak ramai. Mengungkap secara lebih mendalam mengenai perubatan dalam seni silat, pengkaji akan menerangkan objektif kajian ini iaitu apakah jenis penyakit yang dialami oleh pesakit dan bagaimana proses perubatan dilakukan oleh gurulatih. Di samping itu, pengkaji telah menjalankan kaedah pemerhatian serta pemerhatian secara ikut serta dan menemubual beberapa orang gurulatih seni silat itu sendiri.

Item Type: Article
Keywords: Kelantan, Perubatan tradisional, Proses rawatan, Seni silat, Pemulihan
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Martial Arts
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 30 Mar 2022 23:27
Last Modified: 30 Mar 2022 23:27
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item