Perubahan fungsi dan seni persembahan kuntau di Kampung Bayur, Balai Ringin, Sarawak. Kupas Seni: Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 9 (1). pp. 16-28. ISSN 2289-4640 (2021)
Abstract
Persembahan Kuntaumerupakan sebuah kesenian rakyat masyarakat Iban di rumah panjang. Kuntau adalah seni membela diri daripada serangan musuh yang hanya dilakukan oleh kaum lelaki. Kebiasaannya kaum lelaki yang membawa Kuntaudipanggil sebagai bujang berani. Namun, setelah berlakunya perubahan zaman, persembahan Kuntautelah dipentaskan sebagai sebuah hiburan semasa hari perayaan iaitu Hari Gawai Dayak. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan perubahanfungsi yang melibatkan pandangan masyarakat Iban di Kampung Bayur, Balai Ringin, Sarawak. Selain itu, kajian iniuntuk mengetahui seni persembahanKuntaudari aspek persembahan pentas. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah reka bentuk kualititatif yang melibatkan kaedah temu bual dan rakaman video. Pengkaji telah membuat temu bual beberapa responden yang berpengaruh dikenali sebagai Guro Kuntau, tokoh budayawan dan ahli akademik. Dapatan kajian mendapati bahawa persembahan Kuntautelah berlaku perubahan yang melibatkan aspek bentuk dari segi fizikal yang memerlukan kekuatan tubuh pemain untuk melakukan pergerakan. Selain itu, muzik taboh ajatdigunakan dalam tempoh yang cepat. Pengkaji mendapati pengajaran Kuntaupada masa kini bersifat struktur yang tidak melibatkan ritual. Penciptaan baharu dibentuk dengan gaya pementasan yang mempunyai pola persembahan. Hal ini telah memperlihatkan persembahan Kuntaumasih diamalkan sebagai satu hiburan pada masyarakat Iban meskipun telah berlaku perubahan sehingga kini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kuntau, Seni membela diri, Perubahan fungsi, Seni persembahan, Kesenian rakyat |
Taxonomy: | By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies |
Local Content Hub: | Subjects > Art & Design |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 30 Mar 2022 23:36 |
Last Modified: | 31 Mar 2022 21:38 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |