Keindahan reka bentuk Busana Samrah etnik Suluk di Sandakan, Sabah

Keindahan reka bentuk Busana Samrah etnik Suluk di Sandakan, Sabah. Kupas Seni: Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 9 (2). pp. 52-65. ISSN 2289-4640 (2021)



Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji keindahan reka bentuk busana Samrah etnik Suluk di Sandakan, Sabah. Busana Samrah merupakan khazanah warisan seni kebudayaan etnik Suluk. Busana Samrah dianggap sebagai simbolik keagungan dan kekuasaan yang telah diwarisi sejak zaman dahulu. Kaedah kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan sejarah. Data dianalisis secara deskriptif melalui kaedah temu bual analisis artifak busana Samrah dan analisis dokumen. Dalam konteks ini, busana Samrah etnik Suluk memiliki reka bentuk serta motif dan corak yang dapat dilihat melalui sulaman pada permukaan kain seperti terdapat pada Sulban(Serban) dan ukiran Dublun (Kerongsang Emas). Fungsi kegunaan busana Samrah adalah sebagai pakaian harian untuk melakukan kerja-kerja di rumah. Namun busana ini juga boleh digunakan dalam majlis keramaian misalnya majlis perkahwinan mahupun persembahan tarian. Tidak ketinggalan juga daripadasegi aspek sejarah falsafah busana Samrah akan menyentuh perkembangan variasi tahun dan versi penghasilan busana Samrah sekaligus mengungkap makna dan perlambangan setiap motif dan corak serta pemilihan warna mengikut kepercayaan etnik Suluk. Kajian perkembangan busana Samrah etnik Suluk adalah satu usaha atauinisiatif untuk memelihara dan melestarikan peninggalan artifak budaya warisan nenek moyang sejak turun temurun kerana merupakan simbolik kepada identiti etnik Suluk.

Item Type: Article
Keywords: Keindahan, Busana Samrah, Etnik Suluk, Warisan seni, Kebudayaan
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Textile Designs
By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 30 Mar 2022 23:40
Last Modified: 31 Mar 2022 21:05
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item