Seni mural memikat bawah jejambat

Seni mural memikat bawah jejambat. [Newspaper] (2022)



Abstract

Kuala Lumpur: "Memberikan sentuhan seni serta nafas baharu pada sesuatu bangunan adalah satu perkara yang tidak pernah membazir," kata pelukis mural, Fadzlan Rizan Johani, 43. Pandangannya sebagai pelukis mural, Fadzlan Rizan berkata, dia melihat bangunan di kawasan bandar adalah sebagai satu arca yang masih belum diwarnakan lagi. Justeru, dia yang juga bekerja sebagai arkitek reka bentuk sambilan berkata, dia berbesar hati untuk memberikan sentuhan seni di bawah jejambat Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, Shah Alam bagi menceriakan kawasan terbabit. Diinspirasikan daripada lukisan geometri luar negara, mural ini mula siap pada 19 Januari lalu dan diilhamkan oleh logo bunga anggerik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kombinasi geometri. "Menerusi dua kombinasi bunga anggerik dan geometri ini, kita dapat menzahirkan seolah-olah bunga yang berkembang dan memancarkan warna kehidupan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pelukis mural, Lukisan geometri, Mural jejambat
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Fine Art
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 03 Jun 2022 04:40
Last Modified: 03 Jun 2022 04:40
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item