Nilai estetika seni dikir burdah di Kampung Hulu, Sri Aman, Sarawak

Nilai estetika seni dikir burdah di Kampung Hulu, Sri Aman, Sarawak. Jurnal Melayu Sedunia, 4 (1). pp. 173-205. ISSN 2637-0751 (2021)



Abstract

Kajian ini membincangkan nilai estetika seni Dikir Burdah yang terdapat di Kampung Hulu, Sri Aman, Sarawak. Dalam konteks perkaitan ini, kajian ini turut mendapati bahawa nilai estetika yang terdapat Dikir Burdah yang dijalankan di Kampung Hulu, Sri Aman, Sarawak.Kajian ini adalah sebuah kajian analisis isi kandungan melalui metod kepustakaan dan temubual melalui kerja lapangan dibuat secara deskriptif berdasarkan nilai-nilai estetika yang terdapat dalam seni persembahan Dikir Burdah. Terdapat tiga objektif kajian ini, iaitu menilai estetika, kedua, menganalisis peranan dan fungsi Dikir Burdah dalam membentuk budaya masyarakat setempatdan ketiga, merumuskan strategi yang diambil oleh agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan bagi memastikan nilai estetika seni Dikir Burdah ini terpelihara dan diperkembangkan.Perubahan paradigma diperlukan demi memastikan warisan tradisi seni persembahan Dikir Burdah ini terus relevan dalam meredah arus teknologi moden namun pada masa yang sama, nilai-nilai estetika dalam persembahannya tetap perlu dikekalkan.

Item Type: Article
Keywords: Nilai estetika, Seni persembahan, Dikir Burdah, Kampung Hulu, Sri Aman
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 30 Mar 2022 23:39
Last Modified: 31 Mar 2022 21:24
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item