Tahap kepimpinan dan kepuasan pengguna sukan: satu tinjauan di universiti awam Malaysia

Tahap kepimpinan dan kepuasan pengguna sukan: satu tinjauan di universiti awam Malaysia. Jurnal Kesidang, 6 (1). pp. 143-152. ISSN 2250-1674 (2021)



Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara tahap kepimpinan dengan kepuasanpenggunasukan universiti awam di Malaysia. Seramai 240 orang pengguna sukan daripada dua puluh buahuniversitiawam yang telah terpilih dengan menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Kajian kuantitatif inimenggunakan pendekatan bukan eksperimen secara kaedah tinjauan bagi menjawab objektif kajian. Instrumen kajian tahap kepimpinan diadaptasi daripada kajian Anuar (2010), Chelladurai dan Salleh(1980). Bagi instrumen kepuasan pelanggan sukan pula diadaptasi daripada Riemer dan Chelladurai (1998), danditerjemahkan oleh Asiah (2009). Dapatan utama kajian menunjukkan terdapat korelasi yang signifikansertapositif (r=.834, p<.01) antara variabel gaya kepimpinan dari semua aspek dengan variabel kepuasanpengguna sukan di universiti awam. Dapatan kajian menunjukkan aspek latihan dan arahan merupakanaspekyang paling tinggi (min=4.06), diikuti oleh aspek maklum balas positif (min=4.00), aspek demokratik(min=3.95) dan yang paling rendah ialah aspek sokongan sosial (min=3.87). Secara keseluruhannya, dapatankajian menunjukkan bahawa terdapat korelasi yang signifikan antara gaya kepimpinan dengankepuasanpengguna sukan di universiti awam Malaysia. Oleh yang demikian, pihak pengurusan sukan di universitiawam perlu lebih peka dengan corak kepimpinan yang bersesuaian terhadap pengguna sukan khasnyadiuniversiti. Hal ini akan memberi gambaran yang positif bagi persepsi pengguna agar mereka lebihberminatuntuk melibatkan diri dalam aktiviti gaya hidup sihat di kampus sekali gus dapat menjadikan parapelajaryang sihat dan cergas daripada aspek fizikal dan mental.

Item Type: Article
Keywords: Kepimpinan, Pengguna sukan, Latihan, Demokratik, Sokongan sosial
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 30 Mar 2022 23:38
Last Modified: 31 Mar 2022 21:34
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item