Meneroka faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan platform digital oleh perusahaan mikro dan kecil

Meneroka faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan platform digital oleh perusahaan mikro dan kecil. Jurnal Pengurusan, 59. pp. 1-17. ISSN 0127-2713 (2020)



Abstract

Kajian ini mendapati bahawa perubahan landskap industri telah mewujudkan persekitaran yang dinamik kepada perusahaan mikro dan kecil pada ketika ini. Sorotan literatur mendapati bahawa perusahaan mikro dan kecil perlu bersaing bersama perusahaan yang lebih besar memandangkan kebanyakan perusahaan perlu berpindah kepada platform digital. Justeru, kajian ini meneroka faktor-faktor yang dapat mempengaruhi
penggunaan platform digital oleh perusahaan mikro dan kecil. Metodologi kajian menggunakan kaedah kajian kes di mana temu bual bersama 4 perusahaan mikro dan kecil yang menjalankan perniagaan lebih daripada 3 tahun di Negeri Selangor. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat tiga faktor yang mempengaruhi penggunaan platform digital, iaitu literasi digital, pembinaan hubungan pelanggan dan pembinaan ekosistem digital. Kesimpulannya, dapatan menunjukkan bahawa faktor literasi digital, pembinaan hubungan pelanggan
dan pembinaan ekosistem digital memainkan peranan penting dalam mempengaruhi penggunaan platform digital oleh perusahaan mikro dan kecil. Implikasinya, dapatan kajian ini akan memperkasakan teori berkaitan dengan penggunaan platform digital, selain memberikan maklumat dan panduan yang berguna kepada pihakpihak berkepentingan dalam merangka program pendidikan berkaitan penggunaan platform digital kepada usahawan bersaiz mikro, kecil dan sederhana di Malaysia

Item Type: Article
Keywords: Penggunaan platform digital, Literasi digital, Perusahaan mikro dan kecil, Kualitatif, Digital marketing
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 30 Mar 2022 23:40
Last Modified: 31 Mar 2022 09:36
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item