Timbang tara dan pengantaraan: penyelesaian pertikaian alternatif untuk permasalahan kewangan islam di Malaysia

Timbang tara dan pengantaraan: penyelesaian pertikaian alternatif untuk permasalahan kewangan islam di Malaysia. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 32 (1). pp. 51-66. ISSN 2682-8057 (2020)



Abstract

Kewangan Islam merupakan sistem kewangan yang beroperasi mengikut prinsip syariah. Ciri-ciri yang terdapat dalam sistem perbankan Islam menyerupai sistem perbankan konvensional, iaitu dari aspek pasaran modal, pengurus dana, syarikat pelaburan, dan syarikat insurans. Lantaran
itu, sekiranya terdapat pertikaian yang berkaitan dengan kewangan Islam berlaku, pihak-pihak yang terlibat akan merujuk mahkamah untuk memperoleh penyelesaian. Namun begitu, kedudukan undang-undang di Malaysia menunjukkan bahawa apa-apa pertikaian yang timbul berkaitan dengan urus niaga kewangan Islam akan menjadi bidang kuasa mahkamah sivil dan bukannya dalam bidang kuasa mahkamah syariah. Proses penyelesaian melalui mahkamah selalunya akan mengambil masa yang lama dan memerlukan kos yang tinggi. Oleh hal yang sedemikian,kajian ini akan mengenal pasti mekanisme penyelesaian pertikaian alternatif (PPA) bagi pihak-pihak untuk menyelesaikan pertikaian mereka
tanpa perlu pergi ke mahkamah. Penyelesaian pertikaian alternatif dilihat sebagai kaedah yang menekankan aspek pengurangan kos, masa dan perbelanjaan bagi mencapai penyelesaian dalam bidang kewangan Islam. Kajian ini turut menyediakan maklumat secara ringkas mengenai penyelesaian pertikaian alternatif, iaitu timbang tara dan pengantaraan,
dari segi ciri-ciri dan kepentingannya dalam penyelesaian pertikaian berkaitan dengan sistem kewangan Islam di Malaysia.

Item Type: Article
Keywords: Kewangan Islam, Penyelesaian pertikaian alternatif, Timbang tara, Pengantaraan, Perbankan Islam
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Finance
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 31 Mar 2022 23:34
Last Modified: 05 Apr 2022 08:48
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item