Pengaruh literasi kewangan terhadap gelagat kewangan pelajar universiti. In: The International Seminar on Regional Politics, Administration and Development 2020 (INSORPAD2020), 14-15 October 2020, STISIPOL Raja Haji, Riau, Indonesia. (Submitted) (2020)
Abstract
Masalah kewangan sering berlaku dalam kehidupan seharian individu, terutamanya mereka yang bergelar mahasiswa/mahasiswi. Hal ini berlaku kerana kegagalan mereka dalam memperolehi maklumat berkaitan kewangan. Perkara ini akan mempengaruhi gelagat kewangan mereka dan secara tidak langsung memberi impak kepada kesejahteraan kewangan mereka. Dengan itu, jelaslah faktor literasi kewangan memainkan peranan yang penting bagi membentuk gelagat kewangan yang menjamin kesejahteraan kewangan individu. Maka, kajian ini bertujuan untuk menguji hubungan antara literasi kewangan dan gelagat kewangan dalam kalangan pelajar universiti. Kajian ini melibatkan 305 responden dan data dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif yang diperolehi daripada edaran borang soal selidik. Ujian korelasi Pearson dan regresi linear mudah telah digunakan untuk menganalisis data yang telah diperolehi. Hasil dapatan ujian korelasi Pearson dan ujian regresi linear mudah menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan di antara literasi kewangan dan gelagat kewangan. Kajian ini menyumbang kepada pembuat dasar dalam melihat tahap literasi dan gelagat kewangan pelajar universiti supaya strategi dapat dibentuk bagi meningkatkan kualiti hidup mereka, khususnya dalam aspek kesejahteraan kewangan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Keywords: | Literasi kewangan, Gelagat kewangan, Kesejahteraan kewangan, Pelajar universiti, Personal finance, Cash flow |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Finance |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 30 Mar 2022 23:41 |
Last Modified: | 31 Mar 2022 09:27 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |