Tahap prestasi dan faktor mempengaruhi perniagaan usahawan asnaf dalam program bantuan jayadiri: satu analisis deskriptif

Tahap prestasi dan faktor mempengaruhi perniagaan usahawan asnaf dalam program bantuan jayadiri: satu analisis deskriptif. International Journal of Islamic Business, 5 (1). pp. 46-58. ISSN 0127-662X (2020)



Abstract

Kajian ini meninjau kehidupan usahawan asnaf di negeri Kedah yang menerima bantuan zakat dalam program Bantuan Jayadiri. Kertas ini membincangkan secara deskriptif tentang latar belakang peribadi, latar belakang perniagaan dan juga tahap prestasi perniagaan, bantuan zakat, simpanan, motivasi, jaringan dan latihan usahawan asnaf. Data dikumpul melalui soal selidik dan temu bual ke atas 49 orang usahawan asnaf
menggunakan persampalen bertujuan di negeri Kedah. Kebanyakan mereka adalah wanita berbangsa Melayu, berkahwin dan berpendidikan di peringkat sekolah menengah, terlibat dalam perniagaan berasaskan makanan yang sedang berkembang. Dengan menggunakan analisis deskriptif, kajian ini mendapati prestasi perniagaan, bantuan zakat, motivasi, jaringan berada pada tahap min yang tinggi. Manakala simpanan dan latihan di tahap min sederhana. Dapatan ini menunjukkan usahawan asnaf memerlukan lagi bantuan zakat dan program latihan bagi membantu mereka untuk meningkatkan prestasi perniagaan dan simpanan kewangan seterusnya keluar dari kemelut kemiskinan serta menjadi pembayar zakat pada
masa akan datang.

Item Type: Article
Keywords: Jaringan, Program latihan, Motivasi, Prestasi perniagaan, Simpanan, Bantuan kewangan
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Human Resource
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 31 Mar 2022 23:41
Last Modified: 05 Apr 2022 08:25
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item