Kepentingan pembangunan taman rekreasi awam di Parit Raja, Batu Pahat Johor

Kepentingan pembangunan taman rekreasi awam di Parit Raja, Batu Pahat Johor. Research in Management of Technology and Business, 2 (1). pp. 1332-1343. ISSN 2773-5044 (2021)



Abstract

Pembangunan kawasan rekreasi awam merupakan salah suatu kemudahan fasiliti yang harus disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk masyarakat bagi sesebuah bandar. Taman rekreasi awam merupakan kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan umum masyarakat untuk tujuan beriadah dan berehat sama ada bersama ahli keluarga, rakan ataupun secara sendirian. Kawasan kajian Parit Raja merupakan sebuah bandar kecil di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat yang mempunyai jumlah penduduk yang semakin meningkat tetapi tidak mempunyai kemudahan rekreasi yang khusus untuk penduduknya. Isu perlaksanaan pembangunan taman rekreasi awam serta kepentingannya kepada penduduk tempatan adalah penting untuk memberi justifikasi kepada penyediaan tamanrekreasi awam di Parit Raja. Sehubungan itu, objektif kajian penyelidik adalah mengenalpasti isu-isu semasa berkaitan dengan pembangunan taman rekreasi awam di Parit Raja serta mengkaji persepsi komuniti tempatan tentang kepentingan penyediaan tamanrekreasi awam di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Kajian ini mengaplikasi kaedah kualitatif dan kuantitatif melalui temu bual serta soal selidik.. Kajian mengenalpasti isu semasa berkenaan fasiliti rekreasi awam di Parit Raja di mana ia agak terabai dan kurang pemantauan secara berkala. Isu utama persediaan dan pembangunan kawasan rekreasi awam pula adalah tentang kos peruntukkan, isu pemilikkan tanah oleh pihak berkuasa tempatan dan isu ketiadaan kawasan lapang yang bersesuaian di kawasan kajian. Kesimpulan akhirdari kajian mendapati penduduk setempat bersetuju penyediaan kawasan rekreasi awam perlu di segerakan di mana ini memberi gambaran tentang kepentingan untuk membangunkantamanrekreasi awam di Parit Raja.

Item Type: Article
Keywords: Taman rekreasi awam, Kepentingan, Komuniti tempatan, Pihak berkuasa tempatan
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 30 Mar 2022 23:43
Last Modified: 31 Mar 2022 08:36
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item