Dasar Pertanian Negara Ketiga (Dpn3) & Dasar Agromakanan Negara (Dan): Analisis Terhadap Makanan Asasi Beras Dan Padi Menurut Islam

Dasar Pertanian Negara Ketiga (Dpn3) & Dasar Agromakanan Negara (Dan): Analisis Terhadap Makanan Asasi Beras Dan Padi Menurut Islam. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 14 (1): 195. pp. 32-50. ISSN 2289-6325 (2017)



Abstract

Dasar Pertanian Negara (DPN 3) 1998-2010, dan Dasar Agro Makanan Negara (DAN) 2011-2020 merupakan satu transformasi kerajaan bagi meningkatkan kualiti makanan negara. Namun terdapat kepincangan dalam merealisasikannya untuk mencapai tahap sara mampu diri makanan negara sekurang-kurangnya 80%. Kajian ini bertujuan meneliti keperluan bekalan makanan asasi padi dan beras mengikut perspektif Islam. Metodologi kajian ini menggunakan reka bentuk kajian analisis kandungan, data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan deskriptif dengan gabungan pendekatan kualitatif iaitu menganalisis teks termasuk menganalisis dokumen-dokumen seperti laporan laporan rasmi, surat pekeliling, laporan tahunan, laporan jabatan, rancangan kewangan, laporan agensi, dan transkrip.
Hasil kajian mendapati bahawa konsep fiqh awlawiyyah dalam meningkatkan kualiti makanan dan pendapatan negara, menekankan produk pemakanan yang halal dan bersih. Implikasi kajian mencadangkan pembangunan tanah pertanian Islam ke atas agensi yang terlibat khusus seperti Kementarian Pertanian & Industri Asas Tani harus diberi perhatian. Dasar Pertanian Negara DPN dan DAN diharapkan agar memainkan peranannya dalam menggalakkan pertumbuhan sector pertanian dan pembangunan petani selaras dengan pembangunan Islam secara syumul.

Item Type: Article
Keywords: Agro-food policy, Malaysian Agricultural Policy
Taxonomy: By Subject > Plantation & Agrotechnology > Plantation and Agribusiness Management
Local Content Hub: Subjects > Plantation & Agrotechnology
Depositing User: Rizana Mohd Radwan
Date Deposited: 05 Jun 2020 07:55
Last Modified: 05 Jun 2020 07:55
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item