TSG pasukan ranking ke-19 dunia

TSG pasukan ranking ke-19 dunia. [Newspaper] (2022)



Abstract

Kuala Lumpur: Pasukan bertaraf benua Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) kini menghuni tangga ke-19 dalam ranking terbaharu dunia yang dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) semalam.
TSG, yang muncul juara keseluruhan Tour of Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Tour of Antalya (Turki) bulan lalu, bagaimanapun merosot dua anak tangga berbanding ranking terdahulu dengan pasukan UAE Team Emirates menguasai kedudukan teratas diikuti Team Arkea-Samsic (Perancis) dan Quick-Step Alpha Vinyl Team (Belgium).
TSG, yang kini mengumpul 550 mata juga muncul pasukan keempat terbaik dari Asia dalam ranking itu ketika dua lagi pasukan profesional negara Team Sapura Cycling (TSC) berada di tangga ke-30, jatuh tujuh anak tangga manakala Sweet Nice Continental (SNC) di tangga ke-79.

Item Type: Newspaper
Keywords: Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Kesepaduan pasukan, Competition, Lumba basikal
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 05 Apr 2022 23:23
Last Modified: 05 Apr 2022 23:23
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item