1.4 juta PKS dapat manfaat

1.4 juta PKS dapat manfaat. [Newspaper] (2020)



Abstract

Kuala Lumpur: Bagi memastikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat sokongan dan memudahkan operasi perniagaan serta peluang untuk berkembang, pelbagai agensi kerajaan akan terus memberikan kemudahan dari segi pinjaman mudah dan geran termasuk menerusi Belanjawan 2021. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Bank Negara Malaysia (BNM), Tekun Nasional, Bank Simpanan Nasional (BSN), Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), SME Bank, EXIM Bank, Agrobank, SME Corporation Malaysia (SME Corp) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) antaranya akan terus membantu PKS tempatan. "Kerajaan berharap semua sokongan yang diberikan ini akan membolehkan mereka berdaya saing dalam jangka masa sederhana dan panjang, berserta penerapan teknologi dan sistem operasi yang moden dan sesuai dalam norma baharu ini," katanya dalam kenyataan mengenai Laporan Laksana Ke-32 pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), semalam.

Item Type: Newspaper
Keywords: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Dana Pinjaman Mudah PKS, Geran Khas Prihatin, SMEs E-Commerce Campaign, Inisiatif e-dagang Penjana
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 06 Jul 2022 08:47
Last Modified: 06 Jul 2022 08:56
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item