Pan Gon perlu lantik pembantu tempatan

Pan Gon perlu lantik pembantu tempatan. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan, Kim Pan Gon memerlukan bantuan daripada jurulatih tempatan dalam usaha untuk membentuk skuad mantap terutama bagi menghadapi kelayakan Piala Asia 2023, Jun depan.
Tempoh masa yang singkat dan kekurangan pengetahuan mengenai bola sepak Malaysia dianggap menjadi antara halangan besar yang perlu ditempuhi pengendali dari Korea Selatan itu untuk mencari formula terbaik buat Harimau Malaya.
Pan Gon dijangka tiba di Malaysia bulan depan dan Liga Malaysia (Liga M) pula hanya akan memulakan saingan pada awal Mac yang mana bekas pengendali Hong Kong itu hanya ada masa lebih kurang tiga bulan sebelum memimpin Harimau Malaya ke kempen kelayakan Piala Asia.
Bekas pengendali Harimau Malaya, B Sathianathan beranggapan Pan Gon memerlukan bantuan daripada seorang lagi pembantu jurulatih yang terdiri daripada 'anak tempatan' walaupun dia sudah membawa empat pembantunya termasuk penolong jurulatih, jurulatih penjaga gol, jurulatih kecergasan dan juruanalisis.

Item Type: Newspaper
Keywords: Jurulatih tempatan, Piala Asia 2023, Liga Malaysia (Liga M), Bola sepak
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 05 Apr 2022 23:32
Last Modified: 05 Apr 2022 23:32
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item