Minyak mentah cecah paras tertinggi, Brent melonjak 3.62 peratus. [Newspaper] (2022)
Abstract
Penanda aras minyak mentah melonjak awal hari ini berikutan masalah bekalan, potensi gangguan perdagangan dan isu perkapalan akibat daripada sekatan baharu yang dikenakan ke atas Rusia selepas negara itu menyerang Ukraine lebih seminggu lalu. Setakat jam 2.07 petang, niaga hadapan minyak mentah Brent meneruskan pergerakan rancak tanpa henti, melonjak sebanyak 3.62 peratus kepada AS$117 setong, manakala West Texas Intermediate meningkat 3.44 peratus kepada AS$114.40 setong. Terdahulu, niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat setinggi AS$118.22 setong, tertinggi sejak Februari 2013. Pasaran bertindak balas terhadap pusingan terbaru sekatan Amerika Syarikat ke atas sektor penapisan Rusia, membawa kepada kebimbangan bahawa sekatan eksport boleh beralih kepada sektor minyak dan gas Rusia.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Minyak mentah, Permintaan minyak, Penggunaan minyak, Bekalan minyak global |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Economics |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 06 Jul 2022 09:02 |
Last Modified: | 06 Jul 2022 09:13 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |