Pameran ini saya punya kerja: manifestasi dua seni

Pameran ini saya punya kerja: manifestasi dua seni. Wacana Seni Journal of Arts Discourse, 19. pp. 79-85. ISSN 2180-4311 (2020)



Abstract

“Ini Saya Punya Kerja: Manifestasi Dua Seni” merupakan pameran kolaborasi yang dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Malaya, dan Yayasan Usman Awang. Pameran ini menggabungkan ahli akademik, pelukis, dan pemuisi untuk merealisasikan penggabungan dua seni, iaitu seni visual dan seni sastera. Pameran ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Johan Jaaffar di Galeri Seni Universiti Malaya pada hari Ahad, 13 Februari 2020, jam 10.00 pagi. Seramai 37 orang pelukis dengan 74 buah karya seni yang terdiri dari catan, instalasi, arca, dan foto telah dipamerkan. Kesemua hasil karya adalah penterjemahan sajak-sajak Sasterawan Negara Usman Awang. Gaya paling dominan ialah abstrak ekspresionisme yang bercirikan garisan-garisan bebas dan spontan diiringi dengan warna-warna cerah serta sapuan berus yang spontan. Antara pelukis-pelukis aliran abstrak ini adalah Suzlee Ibrahim (Pahlawan, 2009), Lily Noguchi (Jentayu, 2019), Liu Cheng Hua (Anak Jiran Tionghua, 2019), Sabri Salleh (Duri dan Api, 2019), dan Mustafa Salleh (Pahlawan, 2019). Terdapat juga karya yang bersifat semi-abstrak. Pelukis-pelukis yang mengetengahkan gaya semi-abstrak adalah seperti Haron Mokhtar (Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandaraya, 2019), Aizat Amir (Jiwa Hamba, 2019), dan Abdul Raoof Ali (Keranda 152, 2019). Beberapa orang pelukis pula telah menghasilkan karya-karya bersifat realistik. Antara pelukis tersebut adalah Md Nasir Ibrahim (Bunga Popi 1, 2019 dan Bunga Popi II, 2020), dan Mohamad Hassan (Tulang-tulang Berserakan: Saksi-saksi Bisu, 2019). Pameran ini telah berjaya mencapai matlamat untuk menterjemahkan puisi-puisi Usman Awang ke dalam bentuk visual. Pelukis-pelukis mampu bermain dengan semiotik visual yang menjadi keutamaan dalam kajian ini.

Item Type: Article
Keywords: Semantics, Semiotic, Curatorial, Usman Awang, Manifestasi dua seni
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Fine Art
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Fauzi Badiran (KABS, Puncak Alam)
Date Deposited: 29 Mar 2022 07:52
Last Modified: 29 Mar 2022 07:52
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item