Tembikar baba dan nyonya: corak dan motif porselin famille rose (baba and nyonya ceramics: designs and motifs of the famille rose porcelain)

Tembikar baba dan nyonya: corak dan motif porselin famille rose (baba and nyonya ceramics: designs and motifs of the famille rose porcelain). Wacana Seni Journal of Arts Discourse, 7: 4. pp. 47-90. ISSN 2180-4311 (2008)



Abstract

Barangan tembikar merupakan warisan dalam keluarga Baba dan Nyonya. Artikel ini mengkaji reka corak dan erti simbolik motif yang terdapat pada tembikar Nyonya yang dikenali sebagai Famille Rose.Tembikar Famille Rose berbeza daripada tembikar Cina lain kerana ia berwarnawarni dan mempunyai motif istimewa. Berbeza daripada tembikar biru dan putih yang dieksport dari Jingdezhen, tembikar Famille Rose dihantar ke Guangzhou untuk dicat dan dieksport dari Shanghai untuk kegunaan Straits Chinese. Kajian ini menunjukkan bahawa beberapa motif terpilih seperti bunga dan haiwan yang terdapat pada tembikar Famille Rose menggambarkan maksud simbolik yang berkaitan dengan kepercayaan sosiobudaya Baba dan Nyonya. Tema yang paling banyak dijumpai pada tembikar Nyonya yang berpolikroma enamel seperti mangkuk, teko, cawan, sudu dan besen muka adalah burung Phoenix dan bunga Peony.

Item Type: Article
Keywords: Tembikar, Famille Rose, Simbolisme Cina, Baba, Nyonya, Porcelain
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Fine Art
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Fauzi Badiran (KABS, Puncak Alam)
Date Deposited: 29 Mar 2022 08:18
Last Modified: 29 Mar 2022 08:18
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item