TM pertingkat pengalaman pelanggan dengan spektrum 2600 Mhz. [Newspaper] (2022)
Abstract
Kuala Lumpur: Telekom Malaysia Bhd (TM) komited untuk meningkatkan aspek pengalaman, kapasiti serta nilai untuk pelanggannya menerusi spektrum jalur 2600 megahertz (MHz) yang diperoleh daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), baru-baru ini. Syarikat tersebut menerima surat tawaran daripada MCMC merangkumi blok spektrum 20 MHz daripada jalur 2600 MHz menerusi anak syarikatnya, Webe Digital Sdn Bhd. Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, TM berkata, penugasan bagi 20 MHz dalam jalur frekuensi 2575-2595 MHz itu berkuat kuasa mulai 1 Julai, 2022 dan turut membabitkan yuran RM37 juta dalam tempoh lebih lima tahun, termasuk yuran pendahuluan sebanyak RM7.06 juta dan tahunan RM5.98 juta yang perlu dibayar menjelang 15 Disember pada setiap tahun.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Mobile communication, Jalur frekuensi, Liputan telekomunikasi, Network infrastructure |
Taxonomy: | By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Technology and Networking |
Local Content Hub: | Subjects > Computer and Mathematical Sciences |
Depositing User: | Nurmaisari binti Che Anuar (Kuala Terengganu) |
Date Deposited: | 23 Jun 2022 09:21 |
Last Modified: | 23 Jun 2022 09:21 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |