Signifikasi bekas bara besar Terengganu dalam seni warisan kraf tembaga

Signifikasi bekas bara besar Terengganu dalam seni warisan kraf tembaga. KUPAS SENI Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 6. pp. 47-59. ISSN 2289-4640 (2018)



Abstract

Kraf tembaga merupakan salah satu bidang kraftangan di Malaysiayang mempunyai sejarahnya yang tersendiri.Sebagaimana kraf tenunan songket yang mempunyai produk lagendanya melalui penghasilan kain limar dan cindai,kraf tembaga jugamempunyai produk warisan yang masih dikenali sehingga kini seperti tepak sireh, pahar, cerek air dan kebak laksa.Bekas Bara Besar Terengganu merupakan salah satu produk kraf warisan tinggalan pengkarya seni kraf tembaga yang terdahulu di Terengganu yang belum diketahui umum secara meluas berbanding produk warisan kraf tembaga yang lain. Produk kraf warisan yang diperbuat daripadabahan tembaga putih ini banyak mempamerkan ketinggian kemahiran dari segi teknologi pembuatan dan keunikan reka bentuk serta reka corak hiasan pada pembuatannya. Atas kesedaran perlunya mengenengahkan Bekas Bara Besar Terengganu kepada umum,maka satu kajian dijalankan bagi mengenalpasti ciri-ciri ekstrinsik yang signifikan dengan Bekas Bara Besar Terengganusupaya ianya boleh dikumpul dan diinterpretasikan untuk dijadikan tambahan khazanah maklumatseni kraf warisan negara.

Item Type: Article
Keywords: Craft, Design and Form, Malay Heritage, Brassware craft, Malay arts and craft
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Metal Design Fabrication
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Muslim Ismail @ Ahmad
Date Deposited: 11 Aug 2020 09:39
Last Modified: 11 Aug 2020 09:39
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item