Kepentingan pertanian bandar dan cabaran yang dihadapi oleh petani bandar di Malaysia

Kepentingan pertanian bandar dan cabaran yang dihadapi oleh petani bandar di Malaysia. International Journal of Environment, Society and Space, 3 (1): 36027. pp. 44-56. (2015)



Abstract

Aktiviti pertanian bandar adalah penting kerana ia membekalkan sumber makanan kepada komuniti bandar, menghijaukan kawasan bandar serta selari dengan hasrat untuk mencapai kelestarian komuniti
dalam bandar. Objektif makalah ini adalah untuk mengkaji halangan dan masalah yang dihadapi oleh pengusaha pertanian bandar dalam menjalankan aktiviti pertanian di bandar-bandar di Malaysia. Pendekatan kualitatif melalui temubual dan pemerhatian telah digunakan untuk mengumpul maklumat terperinci daripada lima belas orang responden pengusaha pertanian di bandar Kulim, Kedah. Analisis kandungan digunakan untuk memahami halangan utama yang dihadapi oleh pengusaha pertanian. Dapatan kajian menunjukkan petani bandar menghadapi masalah dari segi halangan tanah, modal, penyakit tanaman dan kelengkapan pertanian yang tidak mencukupi. Halangan-halangan lain yang dihadapi ialah masalah pasaran, perubahan cuaca dan masalah pinjaman kewangan. Kajian ini menyumbang kepada pengetahuan dan pemahaman mengenai kepentingan pertanian bandar di sesebuah negara, di samping dapat memperluas lagi kajian dalam aspek pertanian bandar di Malaysia. Kajian ini juga dapat memberi sumbangan dari segi cadangan kepada penambahbaikan dasar dalam perancangan bandar, iaitu mengambilkira pertanian sebagai aktiviti yang perlu dipelihara dan diteruskan di bandar.

Item Type: Article
Keywords: pertanian bandar, petani bandar
Taxonomy: By Subject > Plantation & Agrotechnology > Plantation and Agribusiness Management
Local Content Hub: Subjects > Plantation & Agrotechnology
Depositing User: Bahroni Moojee
Date Deposited: 09 Jun 2020 08:01
Last Modified: 09 Jun 2020 08:01
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item