Pandemik tak halang perpustakaan tingkat mutu perkhidmatan

Pandemik tak halang perpustakaan tingkat mutu perkhidmatan. [Newspaper] (2022)



Abstract

ANDEMIK COVID-19 melanda seluruh dunia, termasuk Malaysia sejak 2020 menyebabkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularannya.

PKP menyebabkan kerajaan menutup hampir semua sektor ekonomi dan perkhidmatan. Justeru, turut menerima kesannya ialah universiti, kolej, institusi pendidikan dan sekolah. Sebahagian besar institusi pendidikan terpaksa ditutup dan jika dibuka, operasinya berdepan larangan sangat terhad dan ketat.

Dalam hal ini, fungsi perpustakaan di universiti turut terjejas dan terkesan akibat PKP. Namun, perkhidmatan perpustakaan tetap diteruskan dengan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Keadaan ini mendorong perpustakaan, terutama di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) bertindak pantas merangka beberapa aspek keselamatan dan kemudahan pantas bagi memenuhi kehendak pelanggan memerlukan perkhidmatan maklumat segera.

Item Type: Newspaper
Keywords: Perkhidmatan perpustakaan, Kemudahan perpustakaan, Perpustakaan akademik
Taxonomy: By Subject > Information Management > Library and Information Management
Local Content Hub: Subjects > Information Management
Depositing User: Muhammad Azrul Ayob
Date Deposited: 25 May 2022 09:04
Last Modified: 25 May 2022 09:04
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item