Quisy-SDS mempercepatkan proses pencarian maklumat keselamatan bahan kimia (Quisy-SDS accelerates the searching process of chemical safety datasheet)

Quisy-SDS mempercepatkan proses pencarian maklumat keselamatan bahan kimia (Quisy-SDS accelerates the searching process of chemical safety datasheet). Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM), 2 (2). pp. 123-139. ISSN 2600-7606 (2019)



Abstract

Proses pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan di makmal kimia menggunakan pelbagai jenis bahan kimia yang berbahaya. Setiap bahan kimia yang disimpan di makmal perlu disertakan dengan maklumat keselamatan bahan kimia. Maklumat keselamatan bahan kimia mengandungi maklumat komposisi bahan kimia, cara penggunaan dan penyimpanan yang selamat serta langkah-langkah yang perlu diambil ketika kecemasan. Pengurusan dan penyimpanan maklumat bahan kimia yang tidak berkesan menyebabkan maklumat sukar untuk diakses dan mengakibatkan tindakan kecemasan lambat diambil sekiranya berlaku kemalangan. Untuk mengatasi masalah ini Quisy-SDS telah diperkenalkan untuk memastikan pengurusan maklumat bahan kimia yang lebih berkesan. Quisy-SDS adalah kaedah yang memudahkan semua pengguna makmal dan responden kecemasan untuk mengakses maklumat keselamatan bahan kimia yang digunakan. Kaedah ini menggunakan kod Quick Response (QR) dan laman sesawang yang membolehkan pengguna mengakses maklumat tersebut dalam masa yang singkat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Penggunaan Quisy-SDS telah berjaya mengurangkan masa pencarian maklumat keselamatan bahan kimia sebanyak 98% berbanding kaedah lama.

Item Type: Article
Keywords: Bahan kimia, Kemalangan, Tindakan kecemasan
Taxonomy: By Subject > College of Engineering > Chemical Engineering > Safety Processes, Environmental and Chemical Assessment
Local Content Hub: Subjects > College of Engineering
Depositing User: Idris Muhammad
Date Deposited: 26 Apr 2022 08:51
Last Modified: 26 Apr 2022 08:51
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item